Tonight's segment is about "Bizarre Story" that happened around our world and we had found an interesting news  happened around the capital yesterday.

Last night - at brunei, a local chinese guy holding a sword had gone wild! what a drama, have a look on this news!
Gempar! Lelaki berpedang mengamuk
Oleh Aziz Idris
Gambar oleh Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb - Seorang lelaki Cina warga tempatan yang mengamuk sambil membawa sebilah pedang sepanjang kira-kira 1 meter berjalan kaki dari pusat bandar sehingga ke Gadong, berjaya diberkas polis selepas dua jam penuh drama malam ini.

Insiden menggemparkan itu bermula kira-kira jam 8.00 malam apabila lelaki berkenaan keluar dari keretanya lalu mengamuk berdekatan perhentian bas depan Mahkamah Syariah, Bandar Seri Begawan.

Sebaik sahaja polis tiba di situ untuk menenangkannya, lelaki tersebut terus mengambil sebilah pedang dari dalam keretanya lalu berjalan menentang arus sambil mengarahkan kenderaan yang datang supaya berhenti, menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya yang teruk.

Bimbang dia akan bertindak ganas, anggota-anggota polis dengan dibantu oleh Pasukan Unit Simpanan Polis pergerakan lelaki itu berjalan mundar mandir sehingga ke Gadong sebelum berjaya memberkasnya di dalam sebuah pasar raya tidak jauh dari pusing keliling Gadong kira-kira jam 10 malam ini.
Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti lelaki berkenaan dan punca dia bertindak demikian.
Credit to Media Permata :)

Comments

Popular posts from this blog